Cara Turunkan Kolesterol
Share

Lemak Pada Bahagian Badan Tertentu Meningkatkan Risiko Serangan Jantung, Strok Dan Diabetes

Isu disini bukan BERAPA berat badan anda, tetapi DIMANA lemak anda disimpan yang meletakkan anda berisiko untuk masalah kesihatan tertentu, menurut kajian 2017 yang baru.

​Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Radiologi Amerika Utara telah mengambil sekumpulan lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengkaji di mana lemak mereka terkumpul dan bagaimana ia mempengaruhi risiko serangan jantung, strok dan diabetes.

Di sini apabila di bandingkan dengan 2 individu yang mempunyai berat badan yang sama tetapi pada masa yang sama boleh mempunyai tahap kesihatan dan risiko kesihatan yang berbeza-beza bergantung kepada gaya hidup, diet, genetik, dan lain-lain. Mereka juga mungkin berbeza dari segi komposisi lemak yang berlebihan terletak pada badan mereka.

Maka, lemak pada bahagian tubuh yang manakah meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik ini?

Lemak di bahagian perut menandakan risiko tinggi

Jenis lemak yang paling banyak berkumpul di sekitar kawasan perut adalah lemak ectopik, atau tisu adipose viseral (VAT). Ini jenis lemak yang paling berbahaya. Ia juga berkumpul di sekitar otot, hati dan organ lain.

Dalam kajian mereka terhadap lebih daripada 200 orang yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes, penyelidik bersetuju bahawa deposit lemak ektopik dalam perut, otot dan hati adalah yang paling merosakkan kesihatan kardiometabolik.

Mengapa ini berlaku? Lemak visceral meliputi di sekitar jantung, hati dan organ-organ utama lain dan ini mewujudkan keradangan. Ini juga dikaitkan dengan perkembangan resistensi insulin dan sindrom metabolik.

Apa Makna Ini Untuk Anda?

Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan di kawasan perut anda, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk serangan jantung, strok dan diabetes. Tetapi jangan berputus asa! Ini tidak bermakna anda tiada harapan, ia hanya bermakna bahawa sekarang anda lebih mengetahui tentang apa yang anda boleh lakukan untuk memberi impak yang besar kepada kesihatan masa depan anda.

obesiti Se7en

Bagaimana Untuk Kurangkan Lemak di Perut?

# 1. Dapatkan lebih banyak tidur

Kajian selama 6 tahun yang melibatkan hampir 300 orang dewasa mendapati bahawa peningkatan tidur dikaitkan dengan penurunan ketara dalam lemak tepu! Apa? Tidur boleh membantu dalam kehilangan lemak?? Ini mungkin membuka mata untuk sesetengah daripada anda yang menyedari betapa pentingnya pola tidur yang teratur!

#2. Cuba Senaman Berkala (Interval Workout)

Kajian telah mendapati bahawa latihan berkala (pecutan laju dalam masa singkat dan dikuti dengan senaman ringan) adalah LEBIH berkesan daripada sesi kardio yang panjang dan mengambil sedikit masa! Bermakna anda boleh melakukan latihan berkala selama 20-30 minit sehari dan mengalami perubahan yang lebih banyak berbanding daripada jika anda melakukan joging selama 60-90 minit sehari.

#3. Tingkatkan Pemakanan Sayur-Sayuran

Menurut kajian selama 5 tahun, menambahkan diet anda dengan serat larut dalam diet anda, bersama-sama dengan senaman, mempercepatkan kehilangan lemak tepu!

Sumber Terbaik Serat Larut:

  • Oat
  • Barley
  • Kobis
  • Ubi keledek
  • Avocado
  • Epal
  • Pear
  • Biji labu
  • Flaxseed
  • Biji Chia


#4. Amalkan Pati Cuka Epal

Pati cuka epal sering digunakan bersama dalam diet dan menunjukkan keputusan baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi untuk minum dengan pati cuka epal, rasanya amat pahit. Pati cuka epal adalah salah satu ramuan dalam Se7en. Anda boleh mengamalkan Se7en yang mengandungi 5 ramuan utama yang boleh membantu dalam mengurangkan kolesterol dan membersihkan plak dalam saluran darah.

Leave a Comment: