Cara Turunkan Kolesterol
Share

KLASIFIKASI TEKANAN DARAH TINGGI KINI 130/80

Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) telah menukar takrif hipertensi untuk kali pertama dalam 14 tahun, mengalihkan nombor dari standard lama 140/90 ke yang baru iaitu 130/80.

Garis panduan baru ini direka untuk membantu orang mengambil langkah untuk mengawal tekanan darah mereka sebelum ini, menurut penulis. Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung dan strok - dua punca utama kematian di dunia.

"Ya, kami akan melabelkan lebih banyak orang hipertensi dan memberi lebih banyak ubat, tetapi kami akan menyelamatkan nyawa dan wang dengan mencegah lebih banyak strok, kejadian kardiovaskular dan kegagalan buah pinggang," kata Kenneth Jamerson, MD, Ph.D., profesor perubatan dalaman dan tekanan darah tinggi pakar di University of Michigan Health System. Beliau adalah seorang daripada 21 pakar dalam jawatankuasa penulisan garis panduan. ​


Garis panduan baru ini berdasarkan kepada penyelidikan selama 3 tahun, menunjukkan bahawa orang dalam rangkaian tekanan darah baru yang ditakrifkan sebagai hipertensi telah menggandakan risiko masalah kardiovaskular pada masa akan datang, seperti serangan jantung atau strok. Ini bermaksud kepada mereka yang berada di tahap 130/80 kini berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok.

Jadual Baru Tekanan Darah Tinggi

Jadual Baru Kategori Tekanan Darah Tinggi

APAKAH RISIKO TEKANAN DARAH TINGGI?

Pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak mempunyai sebarang gejala (symptom) khusus!! Ini bermakna ia adalah SILENT KILLER. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik. Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung. Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal.

Serangan Jantung Se7en

APAKAH FAKTOR RISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI?

Penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) dikaitkan dengan beberapa faktor risiko. Faktor risiko terbahagi kepada faktor risiko yang boleh diubah dan faktor risiko yang tidak boleh diubah.

Contoh faktor risiko yang tidak boleh di ubah adalah:

  • Sejarah keluarga (genetik)
  • Jantina (lelaki lebih berisiko berbanding dengan perempuan)
  • Umur (peningkatan umur memberi risiko kepada tekanan darah tinggi)

Contoh faktor risiko yang boleh diubah:

  • Merokok
  • Diabetes
  • Obesiti
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Pengambilan alkohol
  • Pengambilan garam berlebihan
  • Stress
  • Cara hidup sedenteri (tidak aktif)
obesiti Se7en

APA YANG SAYA BOLEH LAKUKAN UNTUK ELAKKAN PENYAKIT INI?

  • Kurangkan berat badan. Jadikan ukuran perut anda sebagai paras. Mengikut kajian saintis, ukuran perut harus kurang daripada separuh ketinggian anda. Maksudnya lelaki yang ketinggian 6 kaki (72 inci) sepatutnya mempunyai paras pinggang kurang dari 36 inci, manakala wanita 5 kaki 4 inci (64 inci) harus berada dibawah 32 inci. Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk mengetahui samada ukuran perut anda dalam keadaan selamat atau tidak.
  • Keluarkan peluh dengan bersenam 3-4x seminggu. Aktiviti yang paling kurang adalah 35 minit berjalan kaki dengan laju. 
  • Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  • Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  • Kurangkan Stres. Elakkan memikirkan isu di ofis, isu duit, trafik jam dan sebagainya. Bersolat 5x sehari dan berdoa bersungguh-sungguh untuk kebaikkan dunia dan akhirat. Berserah kepada Dia.
  • Amalkan diet yang lebih baik
  • Makan dalam had kalori yang dibenarkan untuk tubuh masing-masing mengikut BMR. Kebiasaanya lelaki diantara 1800-2000 kalori dan wanita diantara 1500-1800 kalori tetapi ini berdasarkan keadaan berat, tinggi dan tahap aktif individu.
  • Makan bila lapar sahaja, bukan makan setiap masa, terutama kunyah depan TV atau handphone. Setiap kali makan pastikan sayur dilebihkan dan karbo dikurangkan. 
  • Lebihkan buah-buahan tetapi elakkan daripada minum jus buah-buahan terutama buah manis seperti oren, epal merah, mangga dan sebagainya.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan disampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.


BAGAIMANA JIKA TEKANAN DARAH SAYA TINGGI BERTERUSAN SELAMA 3 BULAN?

Anda harus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan mengamalkan ubat yang diberikan. 

ADAKAH UBAT HOSPITAL INI ADA KESAN SAMPINGAN?

Ya, tidak dinafikan ada kesan sampingan. Ini adalah contoh jenis ubat dan kesan sampingan yang diketahui:-

Diuretik
Ubat tekanan darah tinggi ini mengeluarkan air tambahan dan natrium (garam) dari badan anda. Diuretik boleh menyebabkan kesan sampingan ini:

  • Kencing lebih. Air tambahan keluar bermakna lebih banyak masa di tandas.
  • Masalah ereksi dalam sesetengah lelaki
  • Kelemahan, kekejangan kaki, atau keletihan. Diuretik boleh mengurangkan tahap badan potassium mineral, yang boleh menyebabkan kesan sampingan ini. 

Penghalang Beta
Penyekat beta membuat jantung anda lebih kuat dan berdegup dengan lebih perlahan. Ubat-ubatan ini boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Gejala asma
  • Tangan sejuk dan kaki
  • Kemurungan
  • Masalah ereksi
  • Masalah insomnia dan tidur

Penyekat saluran kalsium (CCBs)
​Ubat tekanan darah tinggi ini menyimpan kalsium daripada memasuki otot jantung dan sel darah. Saluran darah kemudian boleh berehat. CCB boleh menyebabkan kesan sampingan ini:

  • Sembelit
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Tekanan jantung yang tidak teratur atau sangat laju (berdebar-debar)
  • Bengkak buku lali

Dan banyak lagi kesan sampingan. Harus dinyatakan apabila mengambil ubat pharma sebegini harus dibawah penyeliaan dan nasihat doktor dan bukan dibeli dari farmasi. Oleh kerana terdapat kesan sampingan, doktor harus memantau dos ubat dan keadaan pesakit terus menerus untuk melihat jika kesan sampingan mula memberi efek kepada pesakit.

ADA SUPLEMEN TRADISONAL YANG BOLEH MEMBANTU ELAKAN PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI TANPA KESAN SAMPINGAN?

Ya ada, malah ramuannya senang untuk dibuat. Semua bahan ni ada terdapat dalam dapur kita dan menjadi bahan makanan harian kita. Campuran ramuan mengandungi antioksida tinggi, dapat turunkan kolesterol dan sekaligus menstabilkan tekanan darah. 

Anda ingin mengetahui apakah ramuan asli ini yang boleh menurunkan kolesterol dan stabilkan tekanan darah tanpa kesan sampingan?
Sila klik butang di bawah.

Sumber

1. http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-2/
2. https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/side-effects-high-blood-pressure-medications

3. https://kevinzahri.com/kawal-tekanan-darah-tinggi-tanpa-ubat/

Leave a Comment: